Sunday 20 November 2011

Contoh Aktiviti-aktiviti Yang Meningkatkan Penggunaan Bahasa Inggeris(Part 1)


*      Bulletin Board
Papan Buletin merupakan papan yang disediakan bertujuan untuk mempamerkan projek, item-item berita, hasil penulisan/kreatif pelajar, peribahasa, pepatah, item-item berbentuk perkataan dan sebagainya. Susun atur papan adalah penting. Guru-guru perlu memberi perhatian kepada penggunaan tajuk, kapsyen, bahan illustrasi, penggunaan warna dan sebagainya. Bahan-bahan yang dipamerkan perlu kerap ditukar. Jawatankuasa khas perlu ditugaskan untuk merancang pengendalian papan bulletin ini. Pelajar-pelajar pula perlu didorong untuk menyumbang idea dan bahan-bahan.

*      Choral Reading
“Choral Reading” adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan “Choral Reading”, pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan perkataan-perkataan yang perlu diberi penekanan. Choral Reading” membantu pelajar mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas.

*      Jazz Chants
“Jazz Chants” melibatkan teks atau rangkap yang dilafaz atau dideklamasikan mengikut rentak atau irama tertentu. Rangkap ini boleh didendangkan secara perseorangan atau dalam kumpulan. Selalunya, teks dilafazkan dalam pelbagai rentak dan nada bersesuaian dengan maksud rangkap berkenaan.


*      Poetry Recital
Aktiviti deklamasi sajak boleh dipersembahkan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan semasa perhimpunan mingguan atau masa-masa lain yang dianggap sesuai. Pelajar dibenarkan memilih jenis sajak yang ingin dideklamasikan. Contohnya, sajak berlirik, naratif atau satira. Pertandingan mendeklamasikan sajak juga boleh dianjurkan dan markah boleh diberikan berdasarkan sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain.



*      Story-telling
 Aktiviti bercerita lazimnya dilakukan secara individu. Pelajar dibenarkan untuk memilih kisah-kisah benar atau yang berunsur khayalan. Dalam menganjurkan pertandingan bercerita, pihak penganjur perlu menetapkan kadar masa, contohnya 10-15minit dan peserta juga perlu diberitahu bahawa mereka akan dinilai dari segi penyampaian, sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain.


*      Aktiviti Drama dan Sketsa
Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan mendapat sambutan baik daripada pelajar. Pertandingan drama dan sketsa antara kelas/tingkatan adalah digalakkan. Syarat-syarat pertandingan boleh ditentukan oleh setiap sekolah mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan, serta memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan.

*      Daily News Recap
Masa yang sesuai seperti masa rehat perlu dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar mengimbas semula berita-berita penting yang dilaporkan dalam Bahasa Inggeris sama ada dalam suratkahbar atau media-media lain.

*      Assembly Presentations
Aktiviti ini melibatkan peruntukan masa yang khusus dalam perhimpunan mingguan bagi persembahan-persembahan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan ini boleh diadakan dalam pelbagai bentuk seperti persembahan “jazz chants”, deklamasi sajak dan bercerita. Persembahan ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir oleh pelajar secara individu atau berkumpulan.

*      Air waves
Beberapa minit setiap hari perlu diperuntukkan supaya pengumuman dan laporan mengikut tajuk-tajuk tertentu dapat disiarkan dalam Bahasa Inggeris melalui system siar raya.

TO BE CONTINUE…….

No comments:

Post a Comment