Monday 21 November 2011

Contoh Aktiviti-aktiviti Yang Meningkatkan Penggunaan Bahasa Inggeris(Part 2)

 English Day/Week
Pihak sekolah perlu mengisytiharkan satu hari dalam seminggu sebagai Kari Bahasa Inggeris. Pada hari tesebut, semua pelajar, guru dan staf sokongan akan berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, penglibatan guru-guru dan staf sokongan akan memberikan pelajar impetus untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Minggu Bahasa Inggeris sebulan sekali atau dua bulan sekali.


Spelling Bee
“Spelling Bee” merupakan gelaran yang diberi kepada seseorang pelajar yang pakar dalam ejaan. Untuk mengenal pasti individu ini pertandingan ejaan akan diadakan di mana pelajar perlu mengeja senarai perkataan yang ditetapkan. Pemenang ialah pelajar yang dapat mengeja semua perkataan yang diberi dengan tepat.





DEAR(Drop Everythig and Read) Project
Ini adalah satu projek bacaan luas. Peruntukkan masa selama 20 minit atau 30 minit dalam seminggu diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah membaca bahan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah.


Readathon
“Readathon” merupakan pertandingan membaca di kalangan pelajar. Pada jangka masa yang ditetapkan(3 hingga 6 bulan) pelajar dikehendaki membaca seberapa banyak buku yang boleh. Pelajar dikehendaki mencatat semua judul buku yang dibaca sebagai bukti. Pemenang ialah pelajar yang telah membaca dan memahmi bilangan buku yang terbanyak.



Debate
Pertandingan bahasa antara kelas adalah amat digalakkan. Ini adalah kerana aktiviti perbahasan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam teknik berhujah. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini juga akan menjadi “role model” kepada pelajar-pelajar lain. Topik-topik semasa dan kontroversial boleh dipilih sebagai stimulus ke arah sesi perbahasan yang menarik, berkesan dan berfaedah.

English Quiz
Pihak sekolah  boleh menganjurkan kuiz dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan boleh diperingkatkan kepada topik-topik umum kepada topik-topik yang lebih spesifik seperti sukan, personality terkenal, sejarah dan geografi. Pelajar perlu dimaklumkan tentang peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang dibenarkan. 


Language Games
Permainan bahasa adalah sangat popular di kalangan pelajar. Antara contoh-contoh permainan bahasa dalam Bahasa Inggeris ialah permainan menggunakan kad seperti “Happy Families”, permainan berunsurkan “papan” seperti “Monopoly”, “Totopoly” dan permainan mengaplikasikan perkataan seperti “Scrabble” dan “Boggle”. Pelajar perlu digalakkan bermain permainan-permainan seperti di atas apabila ada kelapangan. Pihak sekolah atau Persatuan Bahasa Inggeris perlu menyediakan set-set permainan ini untuk pelajar. Pertandingan permainan bahasa juga boleh dianjurkan.


Corridor of Knowledge
Koridor sekolah boleh dijadikan koridor pengetahuan. Dinding koridor boleh dijadikan sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan pelajar seperti karangan, berita dalam Bahasa Inggeris dan banhan-bahan lain. Papan bergerak boleh digunkan sekiranya koridor terlalu sempit.

No comments:

Post a Comment